Majlis Bacaan Yaasin IST Cawangan MITC
21 Oktober 2011- Amalan bacaan Yassin telah lama dipraktikkan oleh staf dan pelatih IST Cawangan MITC. Majlis mingguan bacaan Yassin ini diadakan pada setiap hari Khamis malam Jumaat diketuai oleh pelatih Jabatan Pengeluaran Pemprosesan Makanan, Shahril Azwan Bin Suhaimi. Pada kesempatan semasa majlis tersebut, staf dan para pelatih dapat bertemu dalam kelompok yang ramai dan […]
Malam Kebudayaan Institut Skill-Tech Memikat
27 April 2011. Malam Kebudayaan Institut Skill-Tech berjaya mendapat sambutan yang hebat dari kalangan pelatih disini. Diadakan di Dewan Terbuka IST ia mempamirkan kepelbagaian tarian etnik yang terdapat di Malaysia dan juga melambangkan keharmonian dan kerjasama erat di antara pelatih di Institut ini. Dipelopori oleh pelatih dari Kursus Homestay sebagai usaha memantapkan pembelajaran dan latihan […]
Penyeliaan Ladang
14 April 2011- Unit Penyeliaan Ladang telah menjalankan aktiviti menyelia infrastuktur ladang yang bertempat di Ladang Garing, Durian Tunggal, Melaka. Aktiviti ini di lakukan di dalam ladang sekurang-kurangnya dua kali setahun. Pelatih perlu mengetahui setiap bahagian yang perlu diperiksa dan diperbaiki. Pelatih mempelajari tahap kerosakan dan komponen yang terlibat untuk parit pertanian dan jalan pertanian […]
Lawatan Ke Institut Veterinar Malaysia
23 March 2011- Unit Ruminan telah mengadakan satu lawatan ke Institut Veterinar Malaysia. Lawatan ini bertujuan untuk memberi ilmu dan pengalaman kepada para pelatih kursus Ruminan dalam menguruskan ternakan dan kaedah penjagaan haiwan-haiwan tersebut.
Jabatan Pemprosesan Makanan – Penghasilan Mee Kuning
17 Mac 2011- Pelatih-pelatih daripada kursus pemprosesan makanan telah memasuki bengkel bagi tujuan melengkapkan latihan amali mereka dalam modul 6 iaitu Pengadunan Bahan. Seramai 13 orang pelatih telah terlibat untuk menjayakan latihan amali ini. Pelatih telah mempelajari langkah-langkah pengadunan bahan yang betul ketika memproses produk seperti penghasilan mee kuning.
Jabatan Pemprosesan Makanan – Penghasilan Tapai Pulut
15 Mac 2011- Pelatih pemprosesan makanan telah menghasilkan tapai pulut. Beberapa gambar semasa sesi pembelajaran dijalankan.