Penjagaan Dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak

DURATION:
1 Tahun

PENGENALAN

Melalui Kursus SKM Penjagaan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak, pelatih yang mengikuti kursus ini akan diberi pendedahan tentang cara penjagaan, pendidikan dan pendekatan asuhan yang betul untuk kanak-kanak semasa di pusat jagaan kanak-kanak atau di rumah. Kaedah asuhan yang diterapkan berbeza mengikut kategori peringkat umur iaitu bayi (0-12 bulan), anak kecil (1-2 tahun) dan kanak-kanak (3-5 tahun).

Di dalam kursus ini, antara modul yang diajar ialah membentuk tumbesaran kanak-kanak, pemakanan seimbang, perkembangan kognitif, bahasa, fizikal, emosi dan holistic kanak-kanak, pemakanan seimbang, mengurus kesihatan kanak-kanak dan penjagaan kanak-kanak kelainan upaya.

Di samping itu, pelajar juga akan diberi pendedahan terhadap keadaan sebenar proses penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak di taska serta diterapkan dengan aspek-aspek keselamatan dan kebersihan sebagai nilai tambah sepanjang tempoh latihan.Kaedah pembelajaran yang diguna pakai adalah 70% amali dan 30% teori.

BERAPA LAMA TEMPOH PEMBELAJARAN?

1 tahun ( 12 Bulan )

APAKAH KELAYAKAN MINIMUM BAGI MENGIKUTI KURSUS INI?

Bagi sesiapa yang berminat untuk mengikuti kursus ini, kelayakan minimum adalah :

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 tahun dan ke atas.
  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  • Sihat tubuh badan, mental dan fizikal

APA YANG KAMI AKAN BELAJAR SEPANJANG MENGIKUT KURSUS INI?

Pelatih yang mengikuti kursus ini akan di ajar dan dilatih dengan aktiviti berikut :

  • Child Receiving and Returning.
  • Child Grooming.
  • Child Meals Serving.
  • Child Cognitive Developmental Activities.
  • Child Language Developmental Activities.
  • Child Physical Developmental Activities.
  • Child Sosio Emotional Developmental Activities.
  • Child Holistic developmental Activities.
  • Child Sleeping and Resting.
  • Child Guidance
  • Child Caring Services.
  • Child With Learning Disabilities Inclusion.

Nota : Pelatih perlu lulus penilaian teori dan amali kesemua aktiviti di atas bagi melayakan mereka mendapat Sijil Kemahiran Malaysia ( SKM ).

APAKAH BIDANG TUGAS SEBENAR PELATIH YANG MENGIKUTI KURSUS INI?

Personel yang bekerja di dalam bidang ini akan berhadapan dengan pelbagai kelompok individu daripada kanak-kanak, ibubapa dan rakan sekerja. Tugas mereka bukan hanya bermain dengan kanak-kanak tetapi mereka juga membentuk tumbesaran kanak-kanak, member perhatian dan kasih sayang kepada kanak-kanak dan memastikan persekitaran taska atau pusat jagaan selamat dan kondusif untuk proses pembelajaran.

Selain itu, pekerja pusat jagaan juga berhubung rapat dengan ibubapa bagi memastikan proses penjagaan dan pembelajaran berlaku secara berterusan di rumah. Pekerja pusat jagaan kanak-kanak juga memerlukan kemahiran tambahan seperti kemahiran komunikasi, pemerhati dan sosial.

BAGAIMANA DENGAN PELUANG PEKERJAAN SETELAH TAMAT KURSUS?

Pelatih yang telah mengikuti kursus ini dengan jayanya dan telah mendapat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) mempunyai dua pilihan dalam kerjaya mereka. Mereka boleh memilih samada untuk bekerja sendiri iaitu menjaga dan mendidik kanak-kanak di rumah sendiri atau bekerja dengan pusat jagaan kanak-kanak yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Antara pekerjaan yang berkaitan dengan kursus ini adalah :

  • Pembantu penjaga kanak-kanak.
  • Penjaga kanak-kanak harian.
  • Guru Taska.
  • Guru Tadika.
  • Pembantu pra-sekolah.