Pemprosesan Makanan

DURATION:
2 Tahun

PENGENALAN

Kursus Pemprosesan Makanan ini bermatlamat untuk melahirkan individu yang kreatif dan berkemahiran di dalam bidang pemprosesan makanan daripada hasil sayuran, buah-buahan, ternakan dan konfeksionari.

Mereka diajar aspek kebersihan dalam penyediaan makanan, penggunaan peralatan yangsesuai,pemprosesan bahan mentah dan seterusnya menghasilkan produk yang bermutu tinggi,berkhasiat dan lazat. Pelatih juga didedahkan kepada teknik pembungkusan dan perlabelan serta cara terbaik untuk memasarkan produk. Penekanan diberi supaya pelatih boleh menjalankan perniagaan sendiri setelah tamat latihan.

BERAPA LAMA TEMPOH PEMBELAJARAN?

2 tahun ( 24 Bulan )

APAKAH KELAYAKAN MINIMUM BAGI MENGIKUTI KURSUS INI?

Bagi sesiapa yang berminat untuk mengikuti kursus ini, kelayakan minimum adalah :

  • Lulus SPM.
  • Sihat tubuh badan.
  • Boleh membaca, menulis dan mengira.
  • Berminat dengan kursus ini.

APA YANG KAMI AKAN BELAJAR SEPANJANG MENGIKUT KURSUS INI?

Pelatih yang mengikuti kursus ini akan di ajar dan dilatih dengan aktiviti berikut :

Tahap 1

  • Membuat pembersihan am kawasan pengeluaran, peralatan dan semasa penerimaan bahan mentah untuk pemprosesan.
  • Membuat persiapan awal bahan mentah untuk pemprosesan.
  • Membantu aktiviti pengeluaran.
  • Melaksanakan dan mengamalkan asas Amalan Perkilangan Yang Baik atau Good Manufacturing Practices (GMP) dan amalan kebersihan dan saintasi yang baik.

Tahap 2

  • Menyedia, mengendali dan menyelenggara rutin mesin dan peralatan pemprosesan makanan dan pembungkusan
  • Membuat aktiviti pengeluaran
  • Memastikan kawasan pengeluaran dan peralatan dalam keadaan bersih
  • Mematuhui Amalan  Perkilangan Yang Baik (GMP) dan amalan kebersihan dan sanitasi yang baik
  • Melakukan kerja kawalan mutu ke atas bahan-bahan mentah, pembungkusan, operasi pengeluaran dan produk
  • Mengawas pengendalian bahan mentah dan hasil siap
  • Memeriksa bahan mentah semasa penerimaan di kilang
  • Menyimpan rekod pemprosesan
  • Mengamal  Prosedur Operasi Standard (Standard Operating Procedure)

Tahap 3

  • Menyelia aliran pemprosesan makanan dan stok bahan mentah
  • Menyelia  Operator Pengeluaran dan personel bawahan
  • Memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) diikuti dan dipatuhi
  • Memantau pelaksanaan Amalan Perkilangan Yang Baik (GMP), amalan kebersihan dan sanitasi yang baik
  • Memantau dan mematuhi keperluan Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (OSHA)
  • Memberi tunjuk ajar dan latihan kepada Operator Pengeluaran
  • Menyelenggara premis pemprosesan dan peralatan secara am

Nota : Pelatih perlu lulus penilaian teori dan amali kesemua aktiviti teras di atas bagi melayakan mereka mendapat Sijil Kemahiran Malaysia ( SKM ).

BAGAIMANA DENGAN PELUANG PEKERJAAN SETELAH TAMAT KURSUS?

Pelatih yang telah mengikuti kursus ini dengan jayanya dan telah mendapat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) mempunyai peluang pekerjaan yang luas dan besar samada di dalam negara dan juga peringkat antarabangsa. Ini kerana pekerja mahir tempatan telah diiktiraf oleh Negara luar sebagai pekerja yang berkemahiran dan berpengetahuan di dalam industri makanan.