Sabah YAB Catat Sejarah

Sabah YAB Catat Sejarah

Majlis Pelancaran Jejak 2012 anjuran Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) di Sabah pada 5 Jun 2012 turut mencatit sejarah bukan sahaja kepada pihak penganjur tetapi juga kepada Institut Skill-Tech dan Agrobank yang mana seramai 10 orang bekas pelajar Institut Skill-Tech dari program Sabah Young Agro Businessman (SABAH YAB) telah diberi surat kelulusan pinjaman dari Agrobank bernilai RM243,000.00.

Pinjaman tersebut yang merupakan kelulusan terawal dari dana MyAgrosis Agrobank jelas membuktikan keprihatinan dan iltizam pihak Tetuan Benteng Kerjaya Sdn. Bhd (sebuah syarikat TeraS yang memiliki Institut Skill-Tech) dalam membantu bekas pelatihnya yang berminat menjadi usahawan tani. Pinjaman tersebut adalah bagi membolehkan mereka membesarkan lagi projek projek tanaman mereka yang sedia ada. Seramai 20 orang lagi pemohon dari kalangan pelatih Institut sedang didalam pertimbangan pihak bank yang telah mengagihkan sejumlah RM1.0 juta dari dana MyAgrosis kepada lepasan Institut Skill-Tech yang berasal dari Sabah.

Majlis telah di rasmikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman dan turut dihadiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Ketua Eksekutif Teraju Encik Husni Salleh, Ketua Eksekutif SEDIA, Datuk Dr Mohd Yaakub Hj Johari dan Datuk Abdul Rahim Hassan, Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif Tekun bersama pegawai kanan kerajaan.

Pengerusi Eksekutif Institut Skill-Tech, Encik Nordin Abdul Malek telah menerima “mock cheque” dari Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Encik Wan Mohd. Fadzmi bin Wan Othman pada hari tersebut.