Karnival Sukan IPT Melaka Meriah

Karnival Sukan IPT Melaka Meriah

29 April 2012 – Karnival Sukan Institut Pengajian Tinggi (IPT) Negeri Melaka telah diadakan secara besar-besaran pada 29 April yang lalu di Universiti Teknikal Melaka (UTEM). Ianya telah dirasmikan oleh Datuk Seri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka. Karnival tersebut dihadiri oleh 3,000 pelajar dan kakitangan kesemua IPT di Negeri Melaka ini.

Institut Skill-Tech telah turut sama mengambil bahagian di dalam pelbagai acara termasuk futsal lelaki, bola jaring, sepak takraw, badminton dan trail running. Semangat kesukanan yang jitu telah di persembahkan oleh peserta Institut. Kita telah berjaya mendapat pingat Emas didalam acara “trail running” apabila pelatih perempuan kita Nabila Bt Omar (Kategori Wanita 6KM) telah mendapat pingat Emas dan Muhammad Yusuf Bin Mustapa (Kategori Lelaki 8KM) mendapat pingat Gangsa. Tahniah kepada Nabila dan Yusuf serta juga jurulatih kita iatu Warden Johar. Didalam acara lain kita masih boleh lagi menambahkan prestasi di tahun-tahun yang akan datang terutamanya acara takraw, badminton dan futsal.

Semua kakitangan dan pelatih yang terlibat telah menunjukkan komitment dan semangat yang kuat dan tahun hadapan persediaan lebih awal perlu dibuat bagi meningkatkan lagi mutu permainan.