My Kampung My Future
30 Jun 2012 – “My Kampung My Future” merupakan satu lagi idea inovatif Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani yang bertujuan memertabatkan aktiviti ekonomi berasaskan pertanian diluar bandar dengan memenafaatkan tanah terbiar dikawasan kampung. Selain itu ianya juga bertujuan menarik minat belia kedalam alam pertanian sekali gus mengurangkan penghijrahan golongan sasar ini dari kampung ke bandar. Generasi ini dikenal pasti akan membawa kampung masing masing ketahap kecemerlangan.
Pilot projek ini bakal dilaksanakan di Kampong Merotai Besar, Tawau, Sabah yang terletak di DUN Tanjung Batu/ Merotai. Satu sesi taklimat telah di adakan di SMK Merotai Besar berkenaan projek ini dan telah disampaikan oleh Tuan Haji Azini Bin Mohd Shahid, wakil Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani. Majlis turut dihadiri oleh Datuk Pang Yuk Ming, DUN Merotai dan Encik Harry selaku Pengerusi JKKK bersama dengan lebih 60 orang pegawai kerajaan dan wakil penduduk Kg Merotai. Lain-lain Kementerian yang turut hadir adalah KPWKM (Wanita), KKLW (Luar Bandar), Kem. Belia, KPT (Pengajian Tinggi), TEKUN, MADA, KADA, KEMAS, Kraftangan, Jab Perikanan, Jab Veterinar dan lain-lain.
Institut Skill-Tech bersama-sama dengan NATC terlibat secara langsung dalam latihan pertanian dan pembangunan usahawan melalui program Sabah Young Agro Businessman dan MyAgroSis. Pengarah Institut Skill-Tech Puan Sharimah Hussain turut hadir pada majlis tersebut.
Sesi Taklimat disusuli dengan lawatan ke Kedai Agro Bazaar, Medan Info Desa, Pusat Proses Amplang, Kolam Udang dan Tanman Fertigasi (terung dan cili).