Malam Kebudayaan di Menara Taming Sari

Malam Kebudayaan di Menara Taming Sari

1 Jun 2012 –  Kelab Seni Institut Skill-Tech telah dijemput oleh Syarikat Media – Melaka Hari Ini untuk membuat persembahan kebudayaan di Malam Perpaduan sempena sambutan Ulang Tahun Ke 4 Menara Taming Sari. Menara ikonik yang terletak ditengah bandar warisan Melaka itu menjadi tumpuan orang ramai apabila pelatih pelatih dari Kelab Seni Institut Skill-Tech mendendangkan beberapa lagu dan tarian etnik dari Sabah. Turut hadir wakil dari Ketua Menteri Melaka pada malam itu.