
Makan Malam Jalinan Kasih
3 April 2014 – Majlis makan malam ‘Jalinan Kasih’ yang bertemakan Casual: Black and White telah diadakan dengan meriah sekali oleh pelajar Institut Skill-Tech. Ianya diadakan berikutan beberapa orang pelatih tahap 2 dan 3 akan menamatkan latihan tahap 2 dan tahap 3 serta keluar menjalankan ‘On Job Training’. Sokongan dan kerjasama yang baik telah diberikan oleh semua kakitangan dan pelatih.
Majlis ini telah diadakan di Resort Agrofarmstay, Durian Tunggal. Pengarah Program adalah dari kalangan pelatih iaitu Muhammad Zubair bin Mashor serta dibantu oleh rakan-rakannya yang lain. Tayangan multimedia yang disediakan oleh Clarie Martin Kalatun merangkumi aktiviti luar sepanjang pelatih – pelatih belajar di Institut seperti sukaneka, explorace dan futsal.
Bagi memeriahkan lagi malam tersebut cabutan bertuah telah dijalankan. Beberapa nyanyian telah disediakan oleh pelatih bagi menghiburkan tetamu-tetamu yang hadir. Ternyata terdapat beberapa bakat terpendam dari kalangan pelatih.
- Ucapan perasmian oleh Puan Che Sharimah Binti Che Hussain.
- Antara pelatih lelaki dari kursus penyeliaan ladang (dari kiri: Harmawan, Eilmaq, Awangku, Rashid dan Syairazi).
- Suasana ketika majlis berlangsung.
- Persembahan pelajar; dari kiri: Awen, Jamree, Clay dan Well.
- Pemenang tempat pertama sukaneka, Cik Atikah dan Eilmaq menerima hadiah daripada Puan Che Sharimah binti Che Hussain.
- Persembahan penutup dari semua pelatih.
- Gambar kenangan.
- Hiasan meja majlis.
- Gambar Kenangan pelatih dan kakitangan Skill-Tech yang hadir.