Sukaneka

Sukaneka

15 Mac 2014 – Unit Bioteknologi telah menganjurkan sukaneka bertempat di Padang Taman Tasik Utama yang dihadiri oleh semua pelatih dari Unit Bioteknologi dan Unit Ladang. Melalui program ini pelatih diajar untuk menganjurkan program dengan cara teratur serta memberi pendedahan bagi mengetuai sesuatu jawatankuasa.

Program bermula jam 9 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengahari. Selain pelatih, kakitangan Institut Skill-Tech juga turut terlibat. Sebanyak 8 jenis aktiviti sukaneka telah diadakan seperti baling belon air, makan epal dengan tangan di belakang, main bola dengan kain pelikat dan lain-lain. Sepanjang program berlangsung kita dapat melihat kerjasama sesama pelatih dan antara pelatih dengan kakitangan. Program dihiasi dengan kerjasama, gelak ketawa dan sorakan menjadikan ia satu program yang meriah sekali gus mencapai objektif yang diharapkan.