Kunjungan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia ke Institut Skill-Tech

Kunjungan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia ke Institut Skill-Tech

26 Ogos 2013 – Pihak Institut Skill-Tech (IST) pada 26 Ogos telah menerima kunjungan dari pihak Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia. Rombongan seramai 26 orang yang diketuai oleh Puan Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan, Hajah Noor Madiah Binti Zulkifli dan Ketua Unit,Tuan Haji Aziz Hashim daripada Seksyen Latihan dan Kompetensi telah dibawa melawat ke Kampus Induk IST dan Kampus Cawangan untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang program program latihan yang telah dijalankan oleh IST selama ini.

Sebagai sebuah unit yang juga memberi fokus kepada latihan, banyak pengalaman dan perkongsian ide telah dibincangkan untuk kebaikan bersama disamping mencari peluang kerjasama antara IST dengan LKIM didalam melatih kumpulan sasar masing masing.

Setelah diberi taklimat tentang perjalanan program SKM yang telah tergendala sejak dari tahun 2010 sehingga kini, pihak LKIM berpendapat bahawa program yang pernah dijalankan di IST perlu diberi perhatian dan disambung semula bagi membolehkan lebih ramai warga tempatan mendapat latihan yang sewajarnya. Ini boleh membendung kebergantungan negara kepada pekerja asing yang ternyata merugikan negara dari segi masalah sosial dan dari pengaliran keluar wang ringgit dari negara kita, disamping penumpuan kemahiran kepada pekerja asing yang lazimnya akan berakhirnya dengan mereka meninggalkan negara kita untuk bekerja dinegara maju berbekalkan kemahiran yang diperolehi disini. Mesyuarat juga dimaklumkan bahawa terdapat juga beberapa HIP (high impact project) yang tidak dapat diteruskan kerana kekangan tenaga mahir tempatan.