Konvokesyen Institut Skill-Tech Sabah 2013

Konvokesyen Institut Skill-Tech Sabah 2013

16 Feb 2013 – Konvokesyen Kali ke-2 bagi Institut Skill-Tech Sabah telah diadakan dengan meriahnya pada 16 Februari 2013 di Dewan Auditorium, Jabatan Kebudayaan Keseniaan Negara di Sabah. Seramai 454 graduan telah menerima sijil Tahap 2 dalam bidang perladangan, akuakultur dan homestay.

Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Musa Haji Aman telah menyampaikan perutusan khas beliau kepada graduan-graduan Skill-Tech melalui video sempena Majlis Konvokesyen.

Yang Berbahagia Encik Syahrull bin Haji Perdan, Pengarah JPK Wilayah Sabah dan Labuan telah bermurah hati untuk menyampaikan sijil kepada graduan-graduan Skill-Tech. Turut hadir ialah Pengerusi Eksekutif Institut Skill-Tech iaitu Encik Nordin, Pengarah-Pengarah iaitu Encik Ahmad Bashiruddin dan Puan Sharimah.
Penyampaian sijil bagi sesi kedua telah disambung oleh Pengarah Institut Skill-Tech, Encik Ahmad Bashiruddin.

Penerima Anugerah Khas Terbaik Lelaki 2013 ialah Encik Gilbert Juingkin dari kursus perladangan manakala Penerima Anugerah Khas Terbaik Wanita 2013 ialah Cik Dimie Guntop @ Daimie Bin Said dari kursus homestay.