Konvokesyen Institut Skill-Tech 2011

Konvokesyen Institut Skill-Tech 2011

Dewan Grand Ballroom
MITC, Ayer Keroh, Melaka
29 Oktober 2011

29 Oktober 2011 – Tahun ini Majlis Konvokesyen Skill-Tech lebih meriah lagi dengan kehadiran lebih dari 1,000 ibu bapa dan graduan. Dari 450 graduan yang layak menerima sijil, seramai 253 orang graduan telah hadir ke konvokesyen ini. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1 dan 2 adalah untuk bidang ruminan, akuakultur, homestay, tanaman, senibina landskap, pemprosesan makanan, bioteknologi dan penyeliaan ladang. Pelatih-pelatih datang dari seluruh negara termasuklah yang jauh seperti Kelantan, Kedah dan Sabah.

Majlis ini telah dirasmikan oleh YB. Datuk Hj. Mohd Yaakub B. Md. Amin yang mewakili Ketua Menteri Melaka kerana Dato Sri tidak dapat hadir di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Datuk Hj Mohd Yaakub telah menyampaikan anugerah kepada pelatih terbaik lelaki dan wanita, Anugerah Kerjasama Industri dan kemuncaknya Anugerah Khas Tokoh Berwibawa.

Dua orang pelatih yang telah menerima anugerah pelatih terbaik / cemerlang berdasarkan pencapaian mereka yang luarbiasa hasil dari kesungguhan dan kecemerlangan yang ditonjolkan di dalam bidang masing masing.

Muhamad Syahmi Naim bin Suboh pelatih dari bidang ruminan yang berasal dari Pahang dipilih sebagai tokoh pelatih lelaki cemerlang. Beliau melalui syarikatnya Puncak Jaya Agroland merupakan seorang usahawan kambing dan lembu tenusu di ladang ternakannya di Jerantut dan Kuala Lipis masing masing berkeluasan 46 dan 250 ekar. Beliau juga  mengusahakan penanaman rumput napier di resort padang ragut milik kerajaan seluas 50 ekar.

Manakala Nurashikin binti Nuralamsyah dari Kukup, Johor dipilih sebagai tokoh pelatih perempuan terbaik. Beliau kini sedang berkhidmat di syarikat Bio Blooms Sdn Bhd, sebuah anak syarikat FRIM bertempat di Institut Bioteknologi Melaka (IBM).

Pada majlis konvo kali ini, 3 syarikat yang menerima Anugerah Kerjasama Industri berdasarkan komitmen dan jalinan kerjasama yang telah ditonjolkan oleh syarikat-syarikat tersebut. Mereka adalah Felda Plantation Sdn Bhd, Forest Research Institut Malaysia (FRIM) dan Klas Farm Sdn Bhd.

Tan Sri Dato’ Dr. Wan Mohd Zahid Bin Mohd Noordin pula telah menerima Anugerah Khas Tokon Berwibawa. Antara jawatan yang Tan Sri pegang adalah Pengerusi Universiti Teknologi MARA (UiTM), Pengerusi Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK), Pengerusi Lembaga Penasihat Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT), ahli lembaga pengarah Sime Darby Berhad, Pengarah Permodalan Nasional Berhad, Amanah Saham Nasional Bhd dan Perbadanan Usahawan Nasional Bhd.

no images were found

Tan Sri merupakan Mantan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Juga pernah dilantik oleh Perdana Menteri Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi untuk menjadi Pengerusi BCIC-2 dalam bidang pendidikan pada tahun 2005. Selaku Pengerusi BCIC-2 Tan Sri telah memberi banyak nasihat yang amat berguna kepada gabungan institusi latihan kemahiran swasta bumiputera (GILKSB) yang diterajui oleh Institut Skill-Tech. Beliau adalah orang yang banyak memberikan khidmat nasihat dan dorongan kepada Institut Skill-Tech dan ahli gabungan bagi memastikan program yang dilaksanakan berjalan dengan lebih baik dan berkualiti.

Skill-Tech juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak media seperti Utusan, Sinar, Melaka Hari Ini, TV3 yang telah memberi liputan pada hari tersebut. Terima kasih juga kepada kerajaan negeri Melaka, terutamanya Ketua Menteri Melaka diatas sokongan dan kerjasama yang diberi.

Kepada graduan Skill-Tech, SYABAS kepada anda semua dan kami berdoa anda semua BERJAYA dalam HIDUP masing-masing!!