Konvokesyen Institut Skill-Tech 2010
Institut Skill-Tech telah mengadakan Majlis Konvokesyen 2010 pada 29 Oktober 2010 (Jumaat) bermula jam 8.30 pagi di Grand Ballroom, MiTC, Ayer Keroh, Melaka.
Pada majlis konvokesyen itu seramai 550 graduan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (Tahap 1 dan Tahap 2) dalam tujuh bidang pertanian iaitu penyeliaan ladang, tanaman makanan sayuran, tanaman makanan buah-buahan, akuakultur, pemasaran pengedaran makanan, senibina landskap dan proses makanan.
Tahniah kepada semua graduan Skill-Tech!!