Institut Skill-Tech Turut Meraikan Sambutan Hari Ibu
8 Mei 2011 – Tahun ini Hari Ibu telah disambut pada 8 Mei 2011. Tujuan menyambut Hari Ibu adalah untuk menggembirakan dan menghargai jasa si ibu yang tidak ternilai dalam membesarkan anak-anak.
Sempena sambutan Hari Ibu, Mydin Hypermarket MITC Ayer Keroh, telah menganjurkan beberapa aktiviti khusus untuk ibu-ibu. Kelab Seni Skill-Tech telah diundang bersama-sama artis lain untuk mebuat persembahan kepada ibu-ibu yang tersayang.
Majlis perasmian Sambutan Hari Ibu bagi meraikan kira-kira 100 wanita pelbagai kaum itu disempurnakan oleh isteri Ketua Menteri, Datin Wira Asmah Abd Rahman. Turut hadir bersama pada majlis itu, isteri Speaker Dewan Undangan Negeri, Datin Wira Halimah Baba, isteri Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri, Datin Wira Faridah Jaafar, Ketua Wanita MIC Negeri, Santha Basil dan Pengurus Besar Mydin MITC, Sreedran Sankaran.
Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti pertandingan merebut kerusi, congkak, pertandingan memasak, pertandingan makan jelly, pertandingan makan nugget, pertandingan teka gaya dan pertandingan make-up.
Kelab Seni dari Institut Skill-Tech Durian Tunggal Melaka telah membuat beberapa persembahan seperti nyanyian lagu khas untuk ibu, tarian tradisional dan kemuncaknya ialah persembahan Tarian Babu Natip dari Sabah yang mempesonakan penonton.
IBU….. We love u!!!