Institut Pertanian Serdang Pelajari Resepi Kejayaan Skill-Tech

Institut Pertanian Serdang Pelajari Resepi Kejayaan Skill-Tech

26 Mei 2011 – Kelainan dan kelebihan program latihan pertanian Institut Skill-Tech telah menarik perhatian banyak institusi pendidikan dan latihan kemahiran pertanian mencontohi sistem latihan mereka. Terbaru, mereka menerima kunjungan Pengetua dan tenaga pengajar Institut Pertanian Serdang (IPS) pada 26 Mei 2011 bagi melihat sendiri sistem latihan yang diajar oleh institut berkenaan.

Pengerusi Eksekutif Institut Skill-Tech, Nordin Abdul Malek berkata,pihaknya telah menerima banyak permohonan sekolah dan pusat latihan awam serta swasta untuk melihat sendiri kaedah perlaksanaan latihan pertanian yang telah berjaya menarik minat ramai golongan belia.

“Keupayaan kami mencapai jumlah graduan yang menceburi sektor pertanian sebaik tamat latihan sangat tinggi telah menjadi faktor utama mengapa institusi latihan awam juga ingin mengetahui rahsia kejayaan tersebut”, katanya ketika menerima kunjungan rombongan IPS, baru-baru ini.
Tambah Nordin lagi, antara kunci kejayaan Skill-Tech ialah menyediakan latihan dalam suasana pertanian sebenar supaya semua pelatih dapat memahami ciri dan budaya kerja di sektor pertanian. Setiap pelatih perlu mempunyai daya tahan dan disiplin yang tinggi jika ingin berjaya dalam sektor pertanian.

Sementara itu, Pengetua IPS, Tuan Haji Daud Othman pula berkata IPS akan mencontohi beberapa pendekatan Skill-Tech terutama dalam memastikan setiap pelatih sentiasa mendapat latihan secarahands-on.

“Walaupun keluasan dan kemudahan yang terhad, Skill-Tech berjaya mengoptimumkan pencapaian prestasi setiap pelatih. Apa yang penting ialah keupayaan Skill-Tech menghasilkan graduan usahawan dan memenuhi keperluan tenaga kerja menjadikannya sebagai peneraju institusi latihan kemahiran pertanian di Malaysia”, katanya.
Beliau berharap dapat menjalinkan kerjasama dengan Skill-Tech dalam pelbagai bidang pada masa hadapan.