Deco Magic Cake
5 Mei 2012 – Jabatan Pengeluaran Pemprosesan Makanan telah menganjurkan aktiviti “Deco…Deco…Deco…Magic Cake” bertempat di kampus utama Institut Skill-Tech, Durian Tunggal, Melaka. Aktiviti kali ini yang disertai oleh staf dan pelatih dari semua jabatan akademik, bahagian dan unit termasuk Bahagian Pentadbiran, Unit Kewangan serta Unit Penyelenggaraan. Kombinasi ahli pasukan yang dianggotai oleh staf dan pelatih turut merapatkan hubungan di antara mereka.
Kemeriahan suasana makin dirasai apabila Jabatan Pengeluaran dan Pemprosesan Makanan turut mengadakan jualan pelbagai produk makanan dan minuman keluaran jabatan. Pengarah Kewangan, Encik Bashiruddin Bin K.Othman turut hadir sebagai juri jemputan. Jabatan Akuakultur telah berjaya menduduki tempat pertama diikuti dengan staf di tempat kedua dan Jabatan Penyeliaan Ladang di tempat ketiga. Aktiviti yang berjalan dalam suasana riuh dan ceria ini diakhiri dengan acara potong dan makan kek beramai. Aktiviti tamat pada jam 1.00 petang.