Karnival Jualan Teratai Universiti Malaysia Pahang, Gambang

Karnival Jualan Teratai Universiti Malaysia Pahang, Gambang

2-5 Mei 2012 – Institut Skill-Tech telah dijemput untuk menyertai satu pameran dan promosi sempena Program ‘Karnival Jualan Teratai’ di bawah anjuran Dewan Perniagaan Melayu Pahang (DPMP).Program bermula daripada 2 Mei hingga 5 Mei 2012 bertempat di Universiti Malaysia Pahang, Kakitangan yang menjayakan Karnival ini termasuk dari Jabatan Biotek, Landskap dan Proses Makanan.Turut terlibat ialah staf Pemasaran, Kelab Muzik dan pelatih-pelatih agar aspek keusahawan dapat di terapkan.

Institut Skill-Tech telah mengambil peluang ini untuk mempromosikan produk makanan, bioteknologi, tanaman dan agro farmstay. Kaunter juga dibuka untuk pendaftaran pelajar baru.

Pada karnival kali ini Kelab Seni Skill-Tech telah turut tampil dengan persembahan mereka dan ini semestinya memeriahkan lagi gerai pameran kami

Walaubagaimanapun oleh kerana kurang promosi oleh pihak penganjur, sasaran pelawat tidak tercapai dan bilangan yang datang terlalu sedikit. Pengunjung hanya terdiri daripada isteri-isteri YB Barisan Nasional dan staff Universiti Malaysia Pahang sahaja. Secara keseluruhannya disebabkan kelemahan pihak penganjur karnival yang disertai oleh Institut Skill-Tech pada kali ini telah tidak mencapai objektifnya.