Kearah pemantapan program Agro Pelancongan di Institut Skill-Tech Melaka
Institut Skill Tech merupakan peneraju program SKM Tahap 1 & 2 Agro Tourism Homestay. Sebagai usaha memantapkan pengisian program ini satu lawatan kerja telah diadakan ke negara jiran Thailand dari 2 hingga 6 Mac 2012.
Tempat-tempat yang dilawati terdapat dibandar Chiang Mai dan Chiang Rai terletak di utara Thailand yang memang terkenal dengan pelbagai produk pelancongan yang menarik. Pihak Institut banyak menumpukan fokus terhadap bidang pelancongan pertanian yang bersesuaian dengan objektif penubuhan Institut Skill-Tech yang menawarkan kursus-kursus SKM dibidang berkaitan dengan pertanian dan industri asas tani.
Diantara tempat-tempat menarik dan organisasi yang dilawati ialah:-[list style=”orb” color=”green”]
- Lembaga Pelancongan Thailand yang dilihat begitu efisien didalam mempromosikan industri pelancongan dinegeri itu.
- Royal Flora Ratchaphruek, Chiang Mai sebuah pameran terbesar didunia dimana pelbagai species bunga-bungaan dipamerkan. Iannya diadakan setiap 3 tahun.
- Universiti Maejo untuk melihat inovasi pertanian seperti tanaman jagung pulut (warna ungu), ladang bunga matahari, tanaman anggur, projek tanaman cendawan dan Fakulti Pembangunan Pelancongan (School of Tourism Development).
- Queen Sirkit Botanic Garden yang mempamerkan kepelbagaian flora dan fauna di negeri Thailand dan dunia.
- Tiger Kingdom dimana haiwan ganas dijinakkan dan boleh berinteraksi dengan manusia dengan selamat.
- Bhubhing Palace, istana Raja Thailand di Doi Buak Ha, Chiang Mai. Ianya dibuka kepada orang ramai.
- Ladang Kurma yang berjaya menghasilkan buah kurma segar manis.
- Lawatan ke Ladang Limau Madu dan juga pusat agro pelancongannya. [/list]
Lawatan ini telah diselaraskan oleh Kelab Keusahawan Tani Malaysia (KUAT) yang juga merupakan pelopor industri asas tani di Malaysia.
Pegawai-pegawai Institut yang terlibat ialah Puan Che Sharimah (Pengarah), Encik Ahmad Bashiruddin (Pengarah), Puan Zalina (Pengurus Pusat Bertauliah) dan Encik Zainudin (Pegawai Pelancongan/ PPD Homestay) manakala KUAT diwakili oleh En Zahari Abu Yazid. Hasil lawatan juga dijangka dapat membantu Institut dalam membuat perancangan menjadikan Institut sebagai sebuah Pusat Agro Pelancongan yang dapat menawarkan kepelbagaian keunikan produk.