Karnival Pertanian Dan Usahawan Tani Peringkat Negeri Melaka
20 – 22 Jun 2014 Karnival Pertanian Dan Usahawan Tani anjuran Kerajaan Negeri Melaka diadakan di Dataran kemajuan Negeri Melaka, MITC Ayer Keroh bagi membantu para usahawan dalam bidang pertanian bagi mempromosi dan membuat jualan terhadap produk dan perkhidmatan yang disediakan.
Kakitangan dan pelatih turut serta membuat jualan produk yang dihasilkan oleh pelatih seperti kentang goreng, pizza, roti dan biskut raya. Pokok-pokok herba yang dibiak sendiri telah dipamerkan untuk jualan.
Karnival ini memberi pendedahan kepada kakitangan dan pelatih untuk memahirkan diri dalam teknik-teknik jualan, demonstrasi dan menambah kemahiran komunikasi.