Penyeliaan Ladang
14 April 2011- Unit Penyeliaan Ladang telah menjalankan aktiviti menyelia infrastuktur ladang yang bertempat di Ladang Garing, Durian Tunggal, Melaka. Aktiviti ini di lakukan di dalam ladang sekurang-kurangnya dua kali setahun. Pelatih perlu mengetahui setiap bahagian yang perlu diperiksa dan diperbaiki. Pelatih mempelajari tahap kerosakan dan komponen yang terlibat untuk parit pertanian dan jalan pertanian serta mengetahui piawaian yang ditetapkan mengikut ukuran panjang, tinggi dan lebar.
Objektif penyeliaan infrastruktur ladang ini dijalankan adalah untuk memastikan insfrastruktur di dalam ladang sentiasa memenuhi piawaian yang ditetapkan. Selain itu, ia juga memastikan semua kerosakan yang kecil dapat diperbaiki sebelum kerosakan menjadi lebih besar dan menggunakan kos yang tinggi. Akhir sekali, ia dapat memastikan keadaan ladang sentiasa selamat kepada semua pekerja.