Malam Kebudayaan Institut Skill-Tech Memikat
27 April 2011. Malam Kebudayaan Institut Skill-Tech berjaya mendapat sambutan yang hebat dari kalangan pelatih disini. Diadakan di Dewan Terbuka IST ia mempamirkan kepelbagaian tarian etnik yang terdapat di Malaysia dan juga melambangkan keharmonian dan kerjasama erat di antara pelatih di Institut ini.
Dipelopori oleh pelatih dari Kursus Homestay sebagai usaha memantapkan pembelajaran dan latihan amali di dalam kursus tersebut ianya telah berjaya mendekatkan lagi pelatih kepada seni warisan budaya bangsa yang perlu digilap kembali bagi memulihkan jati diri bangsa tersebut.
Menurut Encik Nordin CEO Institut Skill Tech dalam ucapannya menekankan bahawa program seperti ini dapat memperkasakan jati diri seseorang pelatih yang akhirnya akan dapat membantu membina ketahanan mental insan itu sendiri bagi menjalani hidup dan menjadi seorang usahawan yang berjaya. Turut hadir di majlis ini ialah barisan Lembaga Pengarah Puan Che Sharimah dan Encik Ahmad Bashiruddin berserta semua kakitangan dan tenaga pengajar.
Pelbagai persembahan tarian dari kakitangan dan pelajar-pelajar seperti tarian Joget, Zapin, Poco-poco, sajak yang berkisar tentang dunia pelajar dan usahawan, Tarian Etnik Sabah, Shuffle , dan Tarian Retro 70’an. Pada kemuncak program, para hadirin disajikan dengan persembahan Tarian Babu Natip yang hebat dari Kelab Seni Skill-Tech dan program berakhir dengan upacara penyampaian hadiah kepada pemenang yang disempurnakan oleh Encik Nordin.