Konvokesyen Institut Skill-Tech Sabah 2011

Konvokesyen Institut Skill-Tech Sabah 2011

Ketua Menteri, YAB Dato’ Seri Panglima Hj Musa bin Hj Aman telah menyempurnakan Konvokesyen Institut Skill-Tech Sabah Kali Pertama pada 10 September 2011 bertempat di Auditorium Tun Ahmad Raffae, Yayasan Sabah, Kota Kinabalu, Sabah.

Hadir sama Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Sabah, Datuk Jainab Ahmad Ayid.

Pada majlis itu 270 graduan dari cawangan Keningau telah menerima Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1 dan 2 bidang perladangan.

Ketua Menteri dalam ucapannya kagum dengan komitmen Institut Skill-Tech membangunkan potensi penuntut-penuntut Sabah dalam pelbagai bidang, terutama di kawasan luar bandar dengan menerapkan ilmu dan kemahiran yang bersesuaian dengan keperluan semasa dan kehendak pasaran.

Kerajaan negeri sedia membantu dan memberikan komitmen terbaik kepada setiap usaha mana-mana pihak, termasuk Institut Skill-Tech untuk membantu rakyat dan negeri ini.

Institut Skill-Tech ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih di atas kehadiran YAB Dato’ Seri Panglima Hj Musa bin Hj Aman.

 
10 September 2011 Utusan Borneo Transformasi Pertanian Mengisi Kemerdekaan (Keratan 1)
11 September 2011 Utusan Borneo Usah Pandang Rendah Sektor Pertanian: Musa (Keratan 1)Skill-Tech mahu jalinkan kerjasama dengan Kerajaan Negeri (Keratan 2)
11 September 2011 See Hua Daily News See Hua Daily News
11 September 2011 Harian Ekspress Sabah sedia timbang wujud ladang berkelompok untuk graduan
11 September 2011 New Sabah Times Sabah prepares to consider large-scale group farming
11 September 2011 The Borneo Post Grad urges to consider agricultureMore institutions for agri-related courses