Karnival Sukan Institut Skill-Tech

Karnival Sukan Institut Skill-Tech

7 April 2012 – Karnival Sukan IST telah berlangsung dengan meriahnya di Institut Skill-Tech, Durian Tunggal, Melaka. Program ini merupakan salah satu acara tahunan yang berjaya menarik banyak penyertaan. Program kali ini dianjurkan oleh Jabatan Senibina Landskap dan Jabatan Akuakultur. Selain dapat merehatkan minda sambil melakukan aktiviti sihat seperti bersukan, program ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara pelatih-pelatih dan staf.

Di samping itu, program ini juga dapat meningkatkan daya kreativiti dan semangat berpasukan melalui aktiviti fizikal serta merangsang pemikiran dan tingkah laku pelatih ke arah aktiviti yang lebih berfaedah.

Di antara sukan yang dipertandingkan ialah badminton, sepak takraw, ping pong, polo air, bola jaring dan permainan dalaman (in-door) seperti catur, karom dan sahibba, monopoli dan congkak. Juara keseluruhan bagi Karnival Sukan kali ini jatuh kepada Jabatan Penyeliaan Ladang manakala tempat kedua dirangkul oleh Jabatan Akuakultur dan diikuti oleh Jabatan Senibina Landskap.