Mempunyai sebarang pertanyaan? Sila lihat FAQ yang disediakan terlebih dahulu. Sila lihat soalan di bawah berserta dengan jawapan.
APA ITU LATIHAN?
Latihan secara amnya adalah satu proses pemindahan ilmu pengetahuan secara kemas dan berdisplin yang bertujuan untuk menambahkan pengetahuan dan kemahiran untuk memenuhi keperluan dan kehendak semasa sesebuah organisasi. Dengan latihan juga seseorang pekerja dapat melaksanakan tugasnya dengan efektif dan efisyen.
Sebagai contohnya, seorang kerani yang biasanya menggunakan mesin taip untuk menulis dokumen menjalani latihan agar mahir menggunakan komputer danperisian Microsoft Office yangbaru dibeli oleh majikan sebagai gantian kepada mesin taip yang bersifat konvensional.
APAKAH MANFAAT YANG AKAN DIPEROLEHI DARIPADA LATIHAN?
- Dapat meningkatkan produktiviti pekerja
- Dapat meningkatkan kepuasan bekerja di kalangan pekerja menjadikan hasil kerja lebih berkualiti.
- Dapat memastikan pekerja dapat mengendalikan sesuatu tugasan selaras dengan peredaran zaman dan perkembangan teknologi terkini
- Dapat membantu membuka minda dan persepsi pekerja terhadap tugasan mereka agar mereka bersemangat dan seronok melakukan tugasan tersebut.
KENAPA PERLU PILIH INSTITUT SKILL-TECH?
- Berpengalaman dalam bidang latihan lebih daripada 15 tahun.
- Mempunyai tenaga pengajar yang berpengalaman dan berkemahiran.
- Menjadi panel pembangunan modul (WIM) dan soalan untuk Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
- Tempat latihan dan fasiliti yang kondusif.
- Yuran kursus yang berpatutan.
ADAKAH KURSUS YANG DITAWARKAN MENDAPAT PENGIKTIRAFAN?
Kursus Sijil Kemahiran Malaysia yang ditawarkan oleh pihak Institut Skill-Tech mendapat pengiktirafan dari Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia.
BAGAIMANA DENGAN PROSES PEMBELAJARAN DI SINI?
Kami menekankan 30% teori dan 70% praktikal dalam konteks pembelajaran.
ADAKAH PIHAK INSTITUT MENYEDIAKAN ASRAMA SERTA MAKAN MINUM?
Pihak Skill-Tech TIDAK menyediakan makan dan minum. Asrama disediakan tetapi bergantung kepada kekosongan.