Desa Pelancongan Kg Ratau
Satu lagi produk pelancongan bakal menjadi kenyataan dibumi negeri dibawah bayu. Hasil kerjasama pintar diantara pihak swasta, Institut Skill Tech dan Kerajaan Negeri Sabah ini bakal menaiktaraf kampong Ratau dan kawasan kampung berhampiran menjadi pusat pelancongan desa didalam Bandaraya Kota Kinabalu menjelang Januari 2013.
Produk seperti inap desa, inap ladang, industri kraftangan, kebudayaan tradisional, pengeluaran makanan tradisional dan moden serta makanan laut halal akan dapat dinikmati di desa ini. Pelancong yang berkunjung kesini akan dapat tinggal dirumah tradisional sambil menghayati kehidupan penduduk tempatan dan bersama mereka didalam aktiviti harian mereka seperti pertanian, pembikinan kraftangan, makanan tradisional dan lain lain lagi. Dengan adanya produk desa pelancongan pertama di Sabah ini ianya akan memberi menafaat langsung kepada masyarakat untuk meningkatkan ekonomi penduduk tempatan.
Majlis pelancaran program ini telah diadakan pada 1 Julai 2012 di Permai D’Village dan disempurnakan oleh YB Datuk Hj. Masidi Manjun, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah bersama Datuk Jainab Ahmad Ayid, ADUN Karambunai merangkap Pembantu Timbalan Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah.
Beberapa pertandingan dan pertunjukan telah diadalan seperti Pertandingan Nyanyian Sugandoi, Pertandingan Pakaian Tradisional Kanak-kanak, Tarian Kebudayaan Sabah dan juga permainan tradisional seperti mengupas pinang dan bowling kelapa.
Turut bersama hadir ialah Mayor Kota Kinabalu, Datuk Abidin Madingkir, Pengerusi Eksekutif Institut Skill Tech En Nordin Abdul Malek selain penduduk kampong, pegawai-pegawai kerajaan dan 80 orang pelancong dari dalam dan luar Negara seperti New Zealand, Australia, France, Taiwan dan UK.