Latihan Tenaga Pengajar Kemahiran dari Vietnam
Latihan Tenaga Pengajar Kemahiran dari Vietnam (VNOSS Programme : Processing and Preserving Aqua Products) 25 Disember 2014 – Seramai 11 orang tenaga pengajar latihan kemahiran dari Vietnam telah mengikuti kursus dalam bidang pemprosesan makanan selama 3 bulan di Institut Skill-Tech. Kursus ini bermula dari 25 Disember 2014 hingga 19 Mac 2015. Seorang jurualih bahasa juga turut […]
Bacaan Yasin Setiap Hari Jumaat Pelatih Bersama Kakitangan IST
23 Oktober 2015 – Setiap hari Jumaat pihak IST mengamalkan bacaan yasin dikalangan kakitangan dan pelatih yang beragama Islam selama setengah jam. Jika masa membenarkan sedikit tazkirah juga dijalankan. Ianya dijalankan bagi mendapat berkat dalam segala tugasan dan pencarian ilmu.
Latihan Amali Perladangan
Latihan Amali Perladangan 22 Oktober 2015 – Dalam bidang kemahiran latihan amali / praktikal amat ditekankan. Selain dari kelas teori mereka diwajibkan untuk berada di ladang sawit bagi memastikan mereka trampil dalam modul masing-masing. Pada hari ini mereka sedang diberi tunjuk ajar cara ‘lining’ untuk proses penanaman pokok sawit. Perasan atau tidak pokok sawit yang […]
Latihan Amali Di Tadika Strawberry
21 Oktober 2015 – Pelatih kursus ‘Childcare’ telah menjalani latihan amali di Tadika Strawberry. Selepas setiap kelas teori mereka akan ke tadika ini, yang berhampiran dengan Institut Skill-Tech untuk menjalani latihan amali / kemahiran. Latihan ini akan memberi keyakinan kepada pelatih kerana mereka akan didedahkan pada situasi sebenar dalam penjagaan kanak-kanak. Kursus Penjagaan Kanak-Kanak ini […]
Program Orientasi Pelatih Kali Kedua Bagi Tahun 2015
Program Orientasi Pelatih Kali Kedua Bagi Tahun 2015 3 – 5 Ogos 2015 Program orientasi pelatih kali ke 2 telah diadakan pada bulan Ogos 2015. Setiap orientasi akan dijalankan selama 3 hari. Ianya dijalankan di Resort Agrofarmstay @ Skill-Tech, Durian Tunggal, Melaka. Dalam orientasi ini ianya bertujuan untuk menanam nilai dan amalan positif, serta daya […]
Majlis Berbuka Puasa Di Sepanjang Bulan Ramadhan 2015
24 Jun – 13 Julai 2015 Majlis yang melibatkan kakitangan dan pelatih ini diadakan hampir setiap hari di bulan Ramadhan. Program ini melatih pelatih beribadat dengan cara sama-sama bekerjasama dan memupuk berbelanja dengan cara berhemah, berjimat cermat dalam mencari keberkatan dengan cara memasak dan berbuka puasa bersama-sama.