Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Bidang Latihan Pertanian
16 Ogos 2011 – Putrajaya – Satu Memorandum Persefahaman antara Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC) dengan Institut Skill-Tech (IST) telah ditandatangan pada 16 Ogos 2011 di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Bilik Sidang Media, Aras 7, Wisma Tani, Putrajaya.
Pada majlis yang sama satu MoU juga telah ditandatangani antara NATC, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dengan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP).
Kerjasama ini merupakan kerjasama MoA Inc. yang telah diamalkan oleh Kementerian Pertanian sebelum ini dan sekarang telah dibranding semula sebagai Blue Ocean Strategy bagi mewujudkan suasana menang-menang dengan menggunakan sumber secara bersama.
MoU antara NATC dengan Institut Skill-Tech adalah bertujuan untuk:[list style=”arrow” color=”orange”]
- Mengadakan program latihan bagi meningkatkan tenaga kerja mahir dan usahawan terlatih,
- Menerima kemasukan graduan lepasan Institut Skill-Tech ke Kolej Pertanian Malaysia (KPM) bagi tujuan melanjutkan pelajaran.
- Membangunkan modul latihan berasaskan keterampilan. [/list]
Kakitangan, tenaga pengajar dan pelatih Skill-Tech turut hadir bersama menyaksikan Majlis MoU ini.
MoU telah ditandatangani oleh Dato´ Mohd Hashim Bin Abdullah (KSU) dan Puan Sharimah Hussain serta disaksikan oleh Datuk Seri Noh bin Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dan En Nordin Abdul Malek.