Latihan Tenaga Pengajar Kemahiran dari Vietnam

Latihan Tenaga Pengajar Kemahiran dari Vietnam (VNOSS Programme : Processing and Preserving Aqua Products)

25 Disember 2014 – Seramai 11 orang tenaga pengajar latihan kemahiran dari Vietnam telah mengikuti kursus dalam bidang pemprosesan makanan selama 3 bulan di Institut Skill-Tech. Kursus ini bermula dari 25 Disember 2014 hingga 19 Mac 2015. Seorang jurualih bahasa juga turut serta bagi “translate” membelajaran dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Vietnam. Tenaga pengajar yang mengikuti kursus ini mempunyailebih dari 10 tahun pengalaman mengajar.

Modul yang dipelajari meliputi pembelian bahan mentah, kawalan stok, operasi pengeluaran, penyeliaan pekerja, sistem fail, pembungkusan dan pelabelan. Produk yang diproses antaranya keropok lekor, otak-otak, maruku ikan dan ‘fish fillet’.

Pembelajaran adalah mengikut NOSS yang diubah mengikut kesesuaian dan kehendak mereka dan dinamakan VNOSS.

Dua lawatan sambil belajar telah dianjurkan oleh Institut Skill-Tech sepanjang mereka di Malaysia iaitu lawatan ke Jabatan Perikanan Melaka dan kilang-kilang pemprosesan hasilan ikan di sekitar Melaka dan Masai, Johor.

Beberapa program tidak rasmi dihujung minggu juga telah diaturkan seperti Aktiviti riadah santai di Pantai Puteri, Sungai Udang, bowling di Bowling Trade International Centre, lawatan ke tempat menarik di Melaka, lawatan ke Kuala Lumpur dan senaman bersama staf IST.

Pembelajaran mereka tamat pada 19 Mac 2015.