Program Latihan Kemahiran Pejana Ekonomi

PENGENALAN PROGRAM

Program Latihan Kemahiran Penjana Ekonomi (PLKPE) ini diolah khas bagi membolehkan warga Malaysia mendapat ilmu dan pelbagai kemahiran dalam masa yang singkat dengan kos yang efektif. Ini sesuai dengan aspirasi Kerajaan yang menekankan model ekonomi pekerja mahir berpendapatan tinggi. Terbuka kepada peserta tanpa had umur.

Kursus Utama terdiri daripada kursus yang diolah khas bagi melonjakkan tahap kemahiran setiap peserta. Tempoh kursus selama 3 hari akan memboleh peserta diberi pendedahan ilmu dan latihan dari tenaga pengajar yang terlatih.

Kursus Sampingan pula diolah berdasarkan kehendak masakini yang meliputi kursus penjanaan ekonomi (seperti kursus bakeri dan kuih tradisional) dan juga kursus self-improvement seperti Word, Excel, dan lain-lain.

Pakej yang disediakan membolehkan peserta melanggan 1 Kursus Utama dan 10 Kursus Sampingan dengan kos yang paling minima. Dengan memastikan kos ditahap terendah membolehkan kami melatih sebanyak mungkin peserta sesuai dengan cogankata kami “Kemahiran Untuk Semua”.

OBJEKTIF PROGRAM

  1. Memberikan latihan kemahiran kepada peserta yang bakal meningkatkan kualiti hidup dan pendapatan keluarga.
  2. Melahirkan individu / kumpulan yang mempunyai kepelbagaian kemahiran Softskill dan Hardskill.
  3. Menerapkan nilai-nilai murni dan motivasi agar peserta sentiasa berfikiran kreatif, matang dan terbuka.

KONSEP PROGRAM

“BELI SATU DAPAT SEPULUH”

Konsep yang diperkenalkan ini merupakan konsep latihan baru BELI SATU DAPAT SEPULUH, yang pastinya akan memberi keuntungan yang berlipat ganda kepada peserta.

Dengan satu penyertaan dalam Kursus Utama yang ditawarkan, para peserta layak untuk menghadiri 10 Kursus Sampingan yang boleh dipilih oleh peserta mengikut bidang dan minat masing-masing secara PERCUMA.

Tempoh sahlaku setiap penyertaan ialah 6 bulan dari tarikh kursus yang pertama dan hanya boleh digunapakai oleh peserta berdaftar sahaja di dalam tempoh tersebut.

 

KURSUS UTAMA

Senarai Kursus Utama seperti jadual dibawah. Peserta boleh memilih 1 kursus utama dari senarai berikut. Senarai ini akan dikemaskini dari masa ke semasa. Sila klik pada nama kursus untuk dapatkan maklumat kursus.

 

Kandungan Kursus

  1. Kelas Teori
    • Pengenalan kepada pembuatan dan penyediaan produk.
    • Pengenalan kepada mesin, peralatan dan kaedah penggunaan.
    • Pengenalan kepada bahan mentah dan kegunaannya.
    • Kaedah penyimpanan, pembungkusan dan label.
    • Peraturan dan Akta Penyediaan Makanan.
  2. Kelas Amali
    • Penghasilan 4 jenis produk (hands on)
  3. Latihan Asas Perniagaan
    • Asas rekod jualan dan pengiraan kos.
    • Teknik dan strategi pemasaran produk.

 

 

Kandungan Kursus

  1. Kelas Teori
    • Pengenalan kepada pembuatan dan penyediaan produk.
    • Pengenalan kepada mesin, peralatan dan kaedah penggunaan.
    • Pengenalan kepada bahan mentah dan kegunaannya.
    • Kaedah penyimpanan, pembungkusan dan label.
    • Peraturan dan Akta Penyediaan Makanan.
  2. Kelas Amali
    • Penghasilan 4 jenis produk (hands on)
  3. Latihan Asas Perniagaan
    • Asas rekod jualan dan pengiraan kos.
    • Teknik dan strategi pemasaran produk.

 

Kandungan Kursus

  1. Kelas Teori
    • Pengenalan kepada pembuatan dan penyediaan produk.
    • Pengenalan kepada mesin, peralatan dan kaedah penggunaan.
    • Pengenalan kepada bahan mentah dan kegunaannya.
    • Kaedah penyimpanan, pembungkusan dan label.
    • Peraturan dan Akta Penyediaan Makanan.
  2. Kelas Amali
    • Penghasilan 4 jenis produk (hands on)
  3. Latihan Asas Perniagaan
    • Asas rekod jualan dan pengiraan kos.
    • Teknik dan strategi pemasaran produk.

 

Kandungan Kursus

  1. Kelas Teori
    • Kelayakan / ciri-ciri menjadi pengasuh yang baik.
    • Peraturan-peraturan dan keselamatan Taska.
    • Dandan dan kekemasan kanak-kanak.
    • Mengenalpasti tingkah laku kanak-kanak.
    • Persediaan makanan kanak-kanak.
    • Aktiviti-aktiviti perkembangan kanak-kanak
      • Bahasa
      • Fizikal
      • Kognitif
      • Sosio-emosi
  2. Kelas Amali
    • Melaksanakan dandanan dan kekemasan kanak-kanak di Taska.
    • Mengenalpasti tingkah laku kanak-kanak dan cara mengatasinya.
    • Menyediakan makanan untuk kanak-kanak di Taska.
    • Menjalankan aktiviti-aktiviti perkembangan kanak-kanak di Taska.

 

Kandungan Kursus

  1. Bangunkan Laman Web – WordPress
    • Bagaimana membangunkan laman web yang berkesan.
    • Bagaimana untuk memilih dan membeli domain.
    • Bagaimana mereka mukasurat, menu, muatnaik gambar dan borang.
  2. Mulakan perniagaan – Bagaimana menentukan sasaran
    • Tentukan keperluan dan kehendak.
    • ‘Write copy that sells’.
    • Reka dan bangunkan laman web yang mesra pengguna.
    • Pilih enjin pencarian yang berkesan.
    • Kembangkan reputasi.

 

Kandungan Kursus

  1. Pengenalan kepada Pemproses kata.
    • Membuat surat dan memo.
    • Membuat laporan.
    • Membuat kertas kerja.
  2. Menganalisis Data.
    • Memasukkan data.
    • Membuat pengiraan menggunakan formula.
    • Membuat carta.
  3. Menghasilkan persembahan yang efektif.
    • Memilih latar dan tema.
    • Memasukkan maklumat, gambar dan video.
    • Grafik dan animasi.

 

TARIKH KURSUS UTAMA

Senarai kursus utama serta tarikh kursus boleh klik disini. Senarai ini akan dikemaskini dari masa ke semasa.

KURSUS SAMPINGAN

Kursus sampingan boleh diambil secara percuma sekiranya diambil dengan kursus utama. Senarai kursus sampingan serta tarikh kursus boleh klik disini. Senarai ini akan dikemaskini dari masa ke semasa.

KOS KURSUS

Kos yang ditawarkan amat rendah dan berpatutan. Hanya RM990 seorang untuk 1 kursus utama dan dapatkan 10 kursus sampingan secara percuma!

TOP