Tanaman Buah-Buahan
Tanaman Buah-Buahan
Pengenalan Kepada Kursus
- Pelatih-pelatih akan mempelajari teknik asas tanaman sayur, buah dan tanaman hiasan.
- Latihan merangkumi aktiviti pembersihan kawasan tanaman, penyediaan tapak tanaman, melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan serta melakukan kerja tuai / pasca tuai dan membuat baja kompos dengan menggunakan amalan-amalan pertanian yang baik (Good Agriculture Practices - GAP).
- Pelatih diajar membuat sistem sokongan pertanian (junjungan dsb) dan pembiakan tanaman. Aktiviti pembungkusan hasil tanaman seperti menggred dan membalut buah serta membuat rawatan juga dipelajari.
- Pelbagai jenis tanaman sayur-sayuran dipelajari secara mendalam sepanjang kursus ini. Pelatih di beri penekanan untuk menjadi usahawan tani yang mampu menjalankan perniagaan berasaskan pertanian secara komersial.
Khususnya beliau perlu:
- Sediakan tapak tanaman dengan melakukan kerja-kerja pembersihan kawasan, menggali lubang tanaman, menyediakan batas, memasang pagar serta struktur kawal persekitaran dengan menggunakan alat-alat pertaniaan mengikut prosedur yang ditetapkan.
- Bina tapak semaian dengan meratakan tanah ladang, menggemburkan tanah serta mengisi media tanaman dengan menggunakan alat, bekas ang disediakan, mengikut jadual / proses kerja.
- Lakukan kerja-kerja penyelenggaraan dengan melakukan kerja-kerja semaian pokok penanti, menggubah anak pokok, menyiram serta membersihkan kawasan semaian mengikut jadual.
- Lakukan kerja-kerja penanaman di ladang dengan memasang junjung menanam anak pokok, menyiram, menyulam pokok yang mati, memasang perangkap, membersihkan kawasan tanaman, membaja tanaman, menbungkus buah serta melakukan kerja-kerja cantasan.
- Laksanakan kerja-kerja penyelenggaraan alat-alat pertanian seperti mesin, membaiki struktur lindungan dan membersihkan kawasan premis.
- Jalankan kerja-kerja menuai dan pasca tuai termasuk menuai, memunggah, membungkus hasil ladang, memasang label jenama serta menyusun bekas-bekas hasil dengan menggunakan peralatan pertanian dan jadual yang disediakan.
Khususnya beliau perlu:
- Menyediakan media dan anak semaian dengan melakukan proses pengerangan, menyediakan bekas percambahan, mengawas kerja mengali lubang, membuat semaian dan mengubah semaian ke ladang.
- Penyelenggaraan alat dan mesin pertanian dengan menyelenggara jentera kecil, implement dan rutin pertanian.
- Membuat sistem sokongan pertanian dengan memasang junjung atau penyokong tanaman.
- Membuat pembiakan secara aseks dengan menyembur hormon penggalak bunga, membuat cantuman baji, cantuman mata tunas dan tut.
- Menjalankan aktiviti penjarangan dengan membuat penjarangan anak pokok atau anak semaian serta melakukan penjarangan bunga dan buah.
- Melakukan penyelenggaraan tumbesaran pokok dengan membuang tunas air, membuat kerja pemangkasan, membuat pembungkusan hasil tanaman, melentur dahan pokok dan membaja.
- Melakukan aktiviti pengawasan dan pengendalian aktiviti lepas tuai hasil tanaman dengan menggred buah, membalut buah, menuai hasil lading serta membuat rawatan "thermotropic".
