• Home
  • /Senibina Landskap

Senibina Landskap

Senibina Landskap

Senibina Landskap

Pengenalan Kepada Kursus

  1. Pelatih di dedahkan kepada kerja-kerja “softscape” dan  “hardscape”.
  2. Antara aktiviti  latihan ialah penanaman pokok-pokok bunga dan hiasan, penyediaan tapak dan  peralatan  serta pertukangan landskap.
  3. Pelatih akan melakukan kerja-kerja penanaman landskap dengan menyediakan media tanaman, bahan tanaman dan proses penanaman serta penyelenggaraan tanaman.
  4. Kerja kerja “hardscape” seperti pembuatan kolam ikan, “rock garden” dsb melalui kaedah simen ferro serta penyelenggaraan peralatan seperti pam dan lain alat sistem saliran dan penapis juga diberi penekanan.
  5. Pelatih di beri galakan untuk menjadi usahawan melalui perniagaan nurseri bunga dan pokok hiasan dan juga sebagai kontraktor “hardscape”.

Tahap 1 - Landscape Construction Attendant

Khususnya beliau perlu:

  1. Senibina LandskapMenjalankan kerja-kerja penyediaan tapak dengan melakukan pembersihan kawasan, penyediaan peralatan dan pertukangan landskap.
  2. Menguruskan peralatan landskap dengan menguruskan pengangkutan bahan, menyelenggara peralatan landskap dan menguruskan bahan binaan landskap.
  3. Melakukan kerja-kerja pembinaan landskap dengan memastikan struktur dan infra struktur berada dalam keadaan baik, membuat perancangan pembinaan landskap dan memastikan semua kerja berjalan dengan baik.
  4. Melakukan kerja-kerja penanaman landskap dengan menyediakan media tanaman, bahan tanaman dan proses penanaman.
  5. Menguji dan menyelenggara sistem peralatan dengan menguruskan jentera, memastikan sistem saliran dan penapis berfungsi dengan baik dan melakukan penyelenggaraan sistem saliran dan penapis.
  6. Melakukan kerja-kerja penyelenggaraan sistem elektrik landskap dengan memastikan sistem pencahayaan berfungsi dengan baik serta menguji dan memperbaiki sistem elektrik.