Program Derma Darah 2017

Program Derma Darah 2017

Pada 20 September 2017 pihak Institut Skill-Tech (IST), Melaka telah mengadakan Program Kempen Derma Darah 2017 dengan kerjasama Unit Tabung Darah Hospital Melaka. Seramai 40 orang telah menjadi hero-hero kami dengan menderma darah mereka! Walaupun 70 orang ingin menyumbangkan darah mereka tetapi 30 terpaksa ditolak atas sebab-sebab seperti tidak cukup berat badan, tekanan darah tinggi, berpenyakit dan sebagainya. Kita mestilah sihat untuk menjadi penderma.

Tahukah anda betapa pentingnya menderma darah?? Terdapat beberapa kelebihan menderma darah……Pasti selepas ini kita semua akan berduyun-duyun ke Unit Tabung Darah.

Pertama, anda akan mendapat pemeriksaan kesihatan dan pemeriksaan darah PERCUMA. Berat badan, tekanan darah, kadar gula dalam darah, suhu badan, denyutan jantung, hemoglobin akan diperiksa. Juga anda akan diperiksa darah bebas dari jangkitan virus dan boleh tahu samaada anda mengidap penyakit berjangkit seperti hepatitis B dan C, HIV, siflis dan sebagainya.

Kedua… bila kita menderma, darah akan digantikan dengan sel-sel darah yang segar supaya badan sihat, berfungsi dengan cekap.

Ketiga, dengan menderma ia mengurangkan kalori anda. Walaupun orang kata berat badan akan bertambah tetapi ianya tidak benar. Ia juga mencegah obesity.

Keempat, dengan menderma darah ia akan mengurangkan risiko sakit jantung. Apabila anda menderma dengan kerap, ia dapat membantu menyeimbangkan tahap zat besi dalam badan. Jika anda menderma sekali setahun, risiko untuk mendapat serangan jantung adalah 88% lebih rendah dari mereka yang tidak menderma.

Akhir sekali, ia dapat mengurangkan risiko kanser. Jika anda menderma darah secara konsisten ia dapat mengurangkan risiko pelbagai jenis kanser.

Terima kasih kepada semua yang menderma.