• Home
  • /Penyeliaan Ladang

Penyeliaan Ladang

Penyeliaan Ladang

Penyeliaan Ladang

Pengenalan Kepada Kursus

  1. Pelatih akan didedahkan kepada pelbagai aspek pengurusan ladang yang baik.
  2. Skop pembelajaran termasuk pengurusan ladang kelapa sawit, getah mahupun tanaman kontan yang lain.
  3. Pelatih akan mempelajari cara penyelenggaraan tanaman dan ladang seperti merumpai, mencantas, membaja dan memeriksa kualiti hasil tanaman disamping mempelajari bagaimana menyelenggara stor seperti penyusunan peralatan dan penyimpanan data.
  4. Pelatih akan mempelajari teknik-teknik penyelenggaraan pengangkutan ladang, membuat bajet dan perbelanjaan seperti membuat bajet baja dan peralatan untuk kegunaan ladang.
  5. Pendedahan juga diberi untuk cara pembaikan infrastruktur ladang seperti melakukan kerja-kerja mekanisasi dan perparitan.

Matlamat Kursus Penyeliaan Ladang ini adalah untuk melahirkan pelatih-pelatih yang berwibawa dan berkemampuan membantu mempermudahkan pengurusan sesebuah ladang secara am iaitu termasuk ladang kelapa sawit mahupun tanaman kontan yang lain. Disamping meningkatkan daya kepimpinan mereka dari segi memastikan persekitaran kerja yang selamat, penyeliaan muster, memberikan arahan, cara interaksi yang berkesan, membuat rekod dan pantas memberikan maklum balas sama ada kepada pekerja mahu pun kepada pihak pengurusan

Khususnya beliau perlu:
  • Mempelajari tentang keselamatan kerja di ladang dengan menguruskan peralatan keselamatan dan menggunakan peti keselamatan.
  • Mempelajari tentang kerja-kerja pengurusan dengan menguruskan kedatangan pekerja, menunjukkan teknik bekerja dan menguruskan perancangan dan arahan.
  • Memeriksa dan menyelenggara barang –barang keperluan seperti memeriksa barang-barang yang ingin digunakan serta pemantauan ke atas pekerja.
  • Mempelajari bagaimana memeriksa kualiti hasil tanaman dengan memeriksa kualiti buah tandan.
  • Mempelajari prosedur membuat laporan dengan membuat laporan harian dan laporan kerosakan ternakan.
  • Mempelajari bagaimana menguruskan ladang dan pekerja dengan memeriksa tanaman serta menguruskan laporan kehadiran pekerja.
Khususnya beliau perlu:
  • Mempelajari teknik-teknik pemeriksaan tanaman dengan melakukan pemeriksaan penyakit tanaman serta kualiti buah.
  • Mempelajari teknik-teknik penyelenggaraan pengangkutan dengan melakukan penyelenggaraan kepada pengangkutan ladang.
  • Mempelajari teknik-teknik penyelenggaraan ladang seperti merumpai, mencantas dan membaja.
  • Mempelajari bagaimana menyelenggara stor seperti penyusunan peralatan dan penyimpanan data.
  • Mempelajari bagaimana membuat bajet dan perbelanjaan seperti membuat bajet baja dan peralatan untuk kegunaan ladang.
  • Mempelajari bagaimana membuat pembaikan infrastruktur ladang seperti melakukan kerja-kerja mekanisasi dan perparitan.