• Home
  • Pemprosesan Makanan

Pemprosesan Makanan

Pemprosesan Makanan

Pemprosesan Makanan

Pengenalan Kepada Kursus

  1. Kursus Pemprosesan Makanan ini bermatlamat untuk melahirkan individu yang kreatif dan berkemahiran di dalam bidang pemprosesan makanan daripada hasil sayuran, buah-buahan, ternakan dan konfeksionari.
  2. Mereka diajar aspek kebersihan dalam penyediaan makanan, penggunaan peralatan yang sesuai,pemprosesan bahan mentah dan seterusnya menghasilkan produk yang bermutu tinggi,berkhasiat dan lazat.
  3. Pelatih juga didedahkan kepada teknik pembungkusan dan perlabelan serta cara terbaik untuk memasarkan produk.
  4. Penekanan diberi supaya pelatih boleh menjalankan perniagaan sendiri setelah tamat latihan.

Khususnya beliau perlu:

  • Menyiapkan mesin peralatan dan perkakas dengan memastikan mesin peralatan dan perkakas dalam keadaan baik dan selamat.
  • Mengawal operasi proses pengeluaran dengan mengadunkan bahan-bahan dan ramuan untuk diproses.
  • Membantu aktiviti pengeluaran.
  • Membuat kerja pengisian dan pembungkusan dengan memastikan perkakas, peralatan dan mesin sentiasa bersih serta memastikan bahan pembungkusan bebas dari pencemaran. Menyediakan bahan bungkusan mengikut produk dan memastikan pengisian produk dalam pembungkus mengikut saiz dan berat. Membersihkan mesin pengisian dan memastikan kualiti bahan pembungkusan.
  • Melaksanakan kerja pembungkusan pukal (cartooning) dan pelabelan bermula dengan membersihkan peralatan dan persekitaran kerja serta menyusun karton (bahan siap) untuk diedar/ disimpan.
  • Menjalankan kerja-kerja pengurusan am dengan mematuhi langkah-langkah untuk mengawal pembaziran dan melaporkan kerosakan am. Memastikan kawasan kerja sentiasa dalam keadaan bersih dan selamat serta melaksanakan arahan amalan keselamatan, kesihatan dan alam sekitar bagi memastikan sasaran kerja tercapai.
  • Melaksana dan mengamalkan asas Amalan Perkilangan Yang Baik atau Good Manufacturing Practices (GMP) dan amalan kebersihan dan sanitasi yang baik

Khususnya beliau perlu:

  • Memeriksa bahan mentah dengan memastikan jenis, kuantiti, mutu bahan mentah dan mengesahkan bahan mentah yang diterima mencukupi.
  • Mengasingkan bahan mentah mengikut jenis, bentuk, saiz dan memastikan bahan mentah bersih sebelum disimpan serta merekodkan pemeriksaan bahan mentah.
  • Melakukan pra persediaan bahan mentah dengan membuangkan bahan asing daripada bahan mentah dan membersihkan bahan mentah. Setelah bahan mentah berada dalam keadaan baik dan bersih, kadar pulangan ke atas bahan mentah setelah dibersihkan direkodkan.
  • Menambah cukup bahan mentah dengan menyemak rekod simpanan. Menentukan stok bahan mentah mencukupi dan stok disimpan pada tempat ditetapkan serta merekodkan aliran stok mengikut sistem FIFO. Tempat simpanan bahan mesti dalam keadaan bersih dan teratur.
  • Membuat aktiviti pengeluaran
  • Menyediakan bahan-bahan untuk diproses dan menentukan formulasi yang diguna pakai, kaedah memproses yang diperlukan serta melakukan pra-rawatan bahan mentah sebelum diproses.
  • Menentukan mutu bahan selepas persediaan pra-rawatan dan memastikan bahan mentah tersedia sebelum diproses. Menyukat bahan untuk diproses, mengumpulkan bahan mentah untuk diadun/ dicampur serta merekodkan bahan-bahan (batch) yang digunakan.
  • Menyiapkan mesin peralatan dan perkakas dengan memastikan mesin berfungsi dan melaporkan kerosakan mesin dan peralatan jika ada. Membaiki kerosakan kecil pada mesin dan peralatan, mengeset mesin untuk digunakan (parameter proses mesin) dan membersihkan mesin, peralatan dan perkakas selepas digunakan.
  • Mengawal operasi proses pengeluaran melalui pemantauan mutu pada setiap peringkat proses pengeluaran. Menyelesaikan masalah pemprosesan dan membaiki kerosakan kecil pada mesin dan peralatan pemprosesan jika ada dan melaporkan kerosakan kepada bahagian kejuruteraan/ pembekal. Merekodkan hasil pengeluaran dan mengawal pembaziran penggunaan bahan dan sumber serta mematuhi amalan kesihatan dan keselamatan pekerjaan. Memastikan sisa-sisa dilupuskan dengan teratur serta menyediakan sampel untuk ujian rasa, deria dan fizikal produk.
  • Melaksanakan kerja pembungkusan pukal (cartooning) dan pelabelan dengan memastikan mesin dan peralatan pembungkusan berfungsi. Mengeset koding dan label produk pengeluaran.
  • Menentukan mutu pembungkusan dan menyelenggara stok harian.
  • Menjalankan kerja-kerja pengurusan am melalui merekodkan penggunaan bahan mentah dan menggunakan pengkalan data untuk urusan rasmi dalam jabatan. Mengenalpasti punca-punca pembaziran dan melaksanakan amalan keselamatan makanan.
  • Mengamal Prosedur Operasi Standard (Standard Operating Procedure).

Copyright © 2013 Institut Skill-Tech | Hakcipta Terpelihara
Laman Web Diselenggara oleh Bari-Excel Enterprise