Makan Malam Jalinan Kasih

Makan Malam Jalinan Kasih

3 April 2014 – Majlis makan malam ‘Jalinan Kasih’ yang bertemakan Casual: Black and White telah diadakan dengan meriah sekali oleh pelajar Institut Skill-Tech. Ianya diadakan berikutan beberapa orang pelatih tahap 2 dan 3 akan menamatkan latihan tahap 2 dan tahap 3 serta keluar menjalankan ‘On Job Training’. Sokongan dan kerjasama yang baik telah diberikan oleh semua kakitangan dan pelatih.

Majlis ini telah diadakan di Resort Agrofarmstay, Durian Tunggal. Pengarah Program adalah dari kalangan pelatih iaitu Muhammad Zubair bin Mashor serta dibantu oleh rakan-rakannya yang lain. Tayangan multimedia yang disediakan oleh Clarie Martin Kalatun merangkumi aktiviti luar sepanjang pelatih – pelatih belajar di Institut seperti sukaneka, explorace dan futsal.

Bagi memeriahkan lagi malam tersebut cabutan bertuah telah dijalankan. Beberapa nyanyian telah disediakan oleh pelatih bagi menghiburkan tetamu-tetamu yang hadir. Ternyata terdapat beberapa bakat terpendam dari kalangan pelatih.