Majlis Bacaan Yaasin IST Cawangan MITC

Majlis Bacaan Yaasin IST Cawangan MITC

21 Oktober 2011- Amalan bacaan Yassin telah lama dipraktikkan oleh staf dan pelatih IST Cawangan MITC. Majlis mingguan bacaan Yassin ini diadakan pada setiap hari Khamis malam Jumaat diketuai oleh pelatih Jabatan Pengeluaran Pemprosesan Makanan, Shahril Azwan Bin Suhaimi.

Pada kesempatan semasa majlis tersebut, staf dan para pelatih dapat bertemu dalam kelompok yang ramai dan menanya khabar serta bertukar fikiran tentang isu semasa di samping mengeratkan lagi tali silaturahim dan semangat perpaduan. Semoga kita mendapat rahmat dan keberkatan serta nikmat berterusan daripada Allah S.W.T.