Lawatan PERHEBAT

Lawatan PERHEBAT

7 Ogos 2012 – Beberapa orang kakitangan dari PERHEBAT telah datang melawat Institut Skill-Tech Durian Tunggal dan Cawangan Taman Tasik Utama Melaka baru baru ini bertujuan meninjau kemudahan dan kursus yang disediakan sini. Lawatan mereka telah disambut oleh Pengarah Che Sharimah Che Husain dan En Ahmad Bashiruddin bersama dengan kakitangan kanan Institut. Disamping mendapat penjelasan tentang kursus pertanian pegawai PERHEBAT dibawa melawat tapak tanaman, ruminan dan akuakultur. Mereka juga berkesempatan melawat bengkel pemprosesan makanan di Cawangan Institut di Taman Tasik Utama.

Pegawai PERHEBAT terdiri dari Pn.Norlidah Binti Alias, Cik Nur Syazwani Binti Che Amat dan Puan Nor Bahiyah Binti Taha.