Latihan Pencegahan Kebakaran

Latihan Pencegahan Kebakaran

27 April 2012 –Institut Skill Tech melalui unit “Core Abilities” telah menganjurkan latihan pencegahan kebakaran dengan kerjasama Jabatan Bomba Alor Gajah pada pagi Jumaat 27 April 2012. Kesemua staf dan pelatih telah diwajibkan untuk menghadiri latihan ini.

Antara matlamat program ini ialah untuk memberi pendedahan tentang bahaya kebakaran dan cara-cara menangani kejadian tersebut dengan latihan praktikal seperti menggunakan alat pemadam api dan cara menyelamatkan diri tatkala kejadian. Beberapa simulasi kebakaran telah diadakan oleh pegawai Bomba yang terlibat bagi pendedahan dan pengalaman secara terus kepada semua yang mengikuti latihan tersebut. Pihak Bomba juga telah menunjukkan cara-cara menyelamat mangsa kebakaran.

Rata rata kesemua yang hadir telah menunjukkan kepekaan dan keprihatinan dan merasakan pengalaman dan ilmu yang ditimba amat berguna bukan sahaja semasa di Institut Skill Tech malah dihari mendatang juga.

Pihak Institut mengucapkan penghargaan yang tidak terhingga kepada pihak Bomba Alor Gajah kerana sudi berkongsi ilmu dan pengalaman bersama pihak Institut.