Latihan Amali Di Tadika Strawberry

Latihan Amali Di Tadika Strawberry

21 Oktober 2015 – Pelatih kursus ‘Childcare’ telah menjalani latihan amali di Tadika Strawberry. Selepas setiap kelas teori mereka akan ke tadika ini, yang berhampiran dengan Institut Skill-Tech untuk menjalani latihan amali / kemahiran. Latihan ini akan memberi keyakinan kepada pelatih kerana mereka akan didedahkan pada situasi sebenar dalam penjagaan kanak-kanak.

Kursus Penjagaan Kanak-Kanak ini telah mendapat sambutan diluar jangkaan berbanding dengan kursus-kursus lain. Kami juga difahamkan bahawa permintaan dari tadika untuk mendapat pekerja yang berkemahiran / berpengalaman amatlah tinggi.