Pemandu Pelancong (City Guide)

DURATION:
1 Tahun

PENGENALAN

Kursus Pemandu Pelancong (City Guide) merupakan salah satu jurusan yang ditawarkan di Institut Skill Tech. Modul kursus berasaskan ‘National Occupational Skill Standard’ (NOSS) yang disediakan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Kaedah pengajaran adalah berpandukan pembelajaran teori dan amali. Penilaian pembelajaran pula adalah berdasarkan sistem ketrampilan pelajar (Competency Based Training) yang dinilai secara berterusan sepanjang tempoh latihan bersesuaian dengan bidang dan tempoh yang ditetapkan. Kaedah pembelajaran yang diguna pakai adalah 70% amali dan 30% teori.

BERAPA LAMA TEMPOH PEMBELAJARAN?

1 tahun ( 12 Bulan )

APAKAH KELAYAKAN MINIMUM BAGI MENGIKUTI KURSUS INI?

Bagi sesiapa yang berminat untuk mengikuti kursus ini, kelayakan minimum adalah :

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 tahun dan ke atas.
  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) – Lulus 6 subjek (termasuk Bahasa Malaysia).
  • Sihat tubuh badan, mental dan fizikal.
  • Berminat untuk menjadi Pemandu Pelancong.

APA YANG KAMI AKAN BELAJAR SEPANJANG MENGIKUT KURSUS INI?

Pelatih yang mengikuti kursus ini akan di ajar dan dilatih dengan aktiviti berikut :

  • Tour Job Assignment Acceptance.
  • Tour Arrangement Reconfirmation
  • Tourist Arrival Execution
  • Tour Commentary Delivery
  • Tour Itinerary Execution
  • Tourist Health, Safety, Security and Emergency Handling.
  • Tourist Departure Execution.
  • Customised Tourist Services Execution.
  • Tour payment Arrangement.
  • Optional Tours Execution.
  • Post Tour Reporting.

Nota : Pelatih perlu lulus penilaian teori dan amali kesemua aktiviti di atas bagi melayakan mereka mendapat Sijil Kemahiran Malaysia ( SKM ).

APAKAH BIDANG TUGAS SEBENAR PELATIH YANG MENGIKUTI KURSUS INI?

Pemandu pelancong perlu bekerja sendiri dalam menguruskan keperluan dan prosedur operasi. Pemandu Pelancong juga perlu bekerja mengikut jadual program yang telah ditetapkan oleh agensi pelancongan. Berikutan dengan komitmen kerja, mereka perlu bekerja di luar waktu bekerja dan luar kawasan.

BAGAIMANA DENGAN PELUANG PEKERJAAN SETELAH TAMAT KURSUS?

Pelatih yang telah mengikuti kursus ini dengan jayanya dan telah mendapat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) berkeupayaan untuk bekerja sendiri dan berdikari. Selain bekerja dengan agen pelancongan, pelatih juga boleh menjadi pemandu pelancong secara sambilan dan pekerjaan tetap yang lain.

Antara pekerjaan yang berkaitan dengan kursus ini adalah :

  • Travel and Tour Co-ordinator.
  • Tour Leader.
  • Tour consultant.
  • Front Office Personel.
  • Tourism Trainer.