Konvokesyen Institut Skill-Tech 2012

Konvokesyen Institut Skill-Tech 2012

3 Nov 2012 – Pada hari yang bersejarah ini seramai 624 graduan Institut Skill-Tech Melaka telah di anugerah Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1 dan Tahap 2. Upacara yang penuh gemilang ini telah berlangsung di Dewan Tun Ali, Bukit Katil, Melaka dan dihadiri oleh lebih 2,000 orang termasuk ibu-bapa / penjaga, agensi dan pegawai kerajaan yang berkaitan.

Pelatih berumur 19 tahun, En Hazli Aziman bin Ruslum yang berasal dari Kaki Bukit, Perlis telah mendapat anugerah khas dalam kategori Pelatih Terbaik Lelaki. Beliau yang mengikuti kursus ruminan menerima anugerah diatas kecemerlangan dan kegigihan beliau membuka ladang kambing.

Kategori Pelatih Terbaik Wanita pula dianugerahkan kepada Che Mazeah binti Che Yaman. Beliau berasal dari Melaka dan mengikuti kursus pemprosesan makanan. Beliau beriltizam untuk terus menjadi pekerja mahir didalam bidang pemprosesan makanan.

Semasa upacara Konvokesyen Encik Nordin bin Abdul Malek selaku Pengerusi Eksekutif Institut Skill-Tech mengingatkan pelatih supaya terus berjuang memperlengkapkan ilmu kemahiran ketahap yang lebih tinggi bersandarkan kemahiran yang telah diperolehi di Institut ini. Disamping itu beliau memberitahu ramai dari kalangan graduan telah pun mendapat pekerjaan dan tidak kurang juga telah mula berjinak-jinak dengan alam perniagaan.

Pameran-pameran turut diadakan. Antara agensi-agensi kerajaan yang terlibat ialah Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) dan Jabatan Pertanian Negeri Melaka. Kelab Seni Institut Skill-Tech juga telah menghibur para graduan dan ibu bapa dengan beberapa nyanyian.