Konvensyen Memperkasa Model Baru Ekonomi : Satu Jihad Ekonomi Bumiputra

Konvensyen Memperkasa Model Baru Ekonomi : Satu Jihad Ekonomi Bumiputra

Shah Alam 19 dan 20 Ogos 2011. Institut Skill-Tech telah membuka satu booth di Konvensyen Memperkasa Model Baru Ekonomi : Satu Jihad Ekonomi Bumiputra anjuran GABEM bertempat di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC), UITM Shah Alam, Selangor.

Konvensyen telah dirasmikan oleh YAB Dato’Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada 19hb Ogos, 2011 dan aturcara konvensyen di penuhi dengan pembentangan kertas kerja sebanyak 5 sesi untuk 2 hari konvensyen tersebut.

Majlis penutup pada 20 Ogos pula telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Booth Skill-Tech telah dilawati oleh oran-orang kenamaan seperti Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Pengerusi UiTM, Tan Sri Dato’ Dr. Wan Mohd Zahid Mohd Noordin; Pengerusi GABEM dan RISDA, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik; Pengerusi Mara Dato’ Seri Idris Bin Jusoh dan juga CEO Teraju, Encik Husni Saleh.

Booth tersebut juga dikunjugi oleh ramai peserta-peserta konvensyen. Antara yang menarik pada hari tersebut ialah demonstrasi tisu kultur oleh pelatih Bioteknologi. Pelatih Proses makanan juga terlibat dengan mempamerkan produk-produk keluaran mereka.