Kerjaya Sektor Pertanian 2011

Kerjaya Sektor Pertanian 2011

Dewan Tun Razak 4,
Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC ) Kuala Lumpur

17-18 September 2011

10 pagi – 7 malam.

16 September 2011. Buat kali pertama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melalui Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC) dengan kerjasama daripada Kementerian Sumber Manusia akan mengadakan KARNIVAL KERJAYA SEKTOR PERTANIAN 2011 Dewan Tun Razak 4, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC ) Kuala Lumpur pada 17-18 September 2011.

Lebih 8,000 peluang perkerjaan dalam sektor di bidang industri tanaman, ternakan, perikanan tangkapan, akuakultur dan pemprosesan makanan akan ditawarkan di karnival tersebut.

YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani akan merasmikan karnival ini pada 17 September 2011 jam 11 pagi.

Aktiviti  :

1. Temuduga terbuka – JobsMalaysia
2. Pendaftaran Kerja secara online – JobsMalaysia
3. Pameran Kerjaya swasta dan kerajaan.
4. Jobs Matching
5. Peluang Latihan
6. Klinik kerjaya – Resume dan Tips Temuduga
7. Success stories – Career Talk (Bekas graduan NATC)
8. Jualan produk pertanian – FAMA
9. Success stories – Bekas Graduan Skill-Tech dan pihak Industri
10. Persembahan Tarian Tradisional Sabah (Oleh Institut Skill-Tech)

Skill-Tech juga terlibat dalam pameran pada hari tersebut. Dengan ini mengalu-alukan SEMUA GRADUAN, pelatih, ibubapa, orang ramai serta sekolah-sekolah untuk hadir pada hari tersebut iaitu 17 – 18 September 2011 jam 10 pagi. Dijemput juga graduan- graduan SKM, DKM, Ijazah dalam bidang pertanian dan belia-belia lepasan UPSR, PMR dan SPM yang mana mereka adalah merupakan sasaran utama Karnival ini.

Datanglah beramai-ramai bagi merebut peluang pekerjaan, mendaftar pekerjaan serta mendapat matlumat terkini kerjaya dalam bidang pertanian.

Booth kami dipenuhi dengan aktiviti dan maklumat yang menarik. Jumpa kami di sana.

Pertanian Sumber Kekayaan.