Institut Skill-Tech Peneraju Transformasi Pendidikan

Institut Skill-Tech Peneraju Transformasi Pendidikan

24 April 2012 – Sekali lagi Institut Skill-Tech telah mencatit sejarah apabila program Sijil Kemahiran Malaysia anjuran institut tersebut telah berjaya dilaksanakan di sebuah sekolah harian. Sekolah Menengah Kebangsaan Rahmat, Kuala Sungai Baru Melaka telah dipilih sebagai sekolah harian pertama yang menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia di dalam bidang Senibina Landskap. Sebelum ini program SKM hanya ditawarkan di sekolah aliran vokasional sahaja dan belum pernah diadakan di sekolah harian. Ini merupakan transformasi didalam bidang pendidikan.

Kesemua 24 orang pelajar telah ditauliahkan SKM Senibina Landskap Tahap 1 dalam satu majlis graduasi yang disempurnakan oleh mantan Ketua Pengarah Pendidikan iaitu Tan Sri Alimuddin Mohd Dom yang juga Pengerusi Yayasan Guru Malaysia. Program ini dibiayai sepenuhnya oleh Institut Skill-Tech dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Melaka.

Majlis graduasi yang diadakan di Dewan Sekolah SMK Rahmat turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri, Encik Nazim Mohamad, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Sungai Baru, Datuk Ismail Othman dan Pengetua Cemerlang SMK Rahmat, Zulkapli Othman.

no images were found

Menurut Pengetua SMK Rahmat program ini berjaya mentransformasikan minda pelajar dari kurang berkeyakinan kepada lebih yakin diri dan tidak lagi membuangkan masa tanpa halatuju. Ia juga menjadikan pelajar lebih mesra alam, rajin dan suka menceburkan diri didalam aspek keusahawanan. Menurut beliau lagi pelajar ini amat bertuah kerana mendapat satu lagi sijil tambahan disamping Sijil Pelajaran Malaysia. Rata rata ibu-bapa yang hadir pada hari tersebut juga amat terharu kerana mereka telah melihat perubahan yang ketara didalam jiwa anak-anak mereka.

Kursus SKM Senibina Landskap ini dilaksanakan melalui program Sekolahku Hijau yang memberi peluang kepada pelajar yang cenderung dalam bidang-bidang kemahiran dan pertanian menceburinya. Hasil kerjasama strategik di antara sekolah, Institut Skill-Tech dan Jabatan Pelajaran Melaka jelas merupakan satu tindakan yang bijak dan proaktif untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah mencakupi keperluan semua pelajar.