Melaka River Cruise

Melaka River Cruise

10 April 2012 – Melaka merupakan antara destinasi terbaik pelancongan yang terdapat di Malaysia. Terdapat pelbagai tarikan di sini dan salah satunya adalah ‘Melaka River Cruise’.

Dalam memastikan pelatih-pelatih IST tidak ketinggalan untuk melawat tempat menarik ini, Unit Homestay telah menganjurkan lawatan ke sana. Program ini  telah disertai oleh 45 orang terdiri dari pelatih Kampus Utama IST di Durian Tunggal dan pelatih dari Kampus Cawangan di MITC serta warga kerja IST selaku pengiring.

Pelatih-pelatih serta warga kerja IST tidak melepaskan peluang untuk merakam kenangan ketika menaiki ‘river cruise’ menyusuri Sungai Melaka yang penuh dengan bangunan-bangunan lama serta bersejarah yang penuh dengan warna-warni. Pelbagai input yang sangat berguna telah diberikan oleh pemandu bot berkenaan bangunan-bangunan bersejarah yang terdapat di sepanjang Sungai Melaka.

Program anjuran Unit Homestay ini berakhir pada pukul 11.30 malam dan para pelatih serta warga kerja IST sangat berpuas hati dan berharap agar program-program seperti ini akan diadakan lagi bagi memberi pendedahan kepada pelatih-pelatih tentang sejarah serta keunikan Negeri Melaka.